Friday, October 29, 2010

demam exam!

Antara simptom-simptom yang dialami oleh semua student tak kira lah study di mana pun. Selalunya berlaku tatkala final exam menjelma di minggu hadapan:

  1. Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Yang mulut murai jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun tak perasan. Kalau orang tanya muka still pandang nota, jawab pun nak tak nak. Kalau jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit sebab otak full load.
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. Entah faham atau tidak belakang kira sebab nak jawab subjektif main hentam pun boleh. Yang penting ada point nak goreng.
  3. kalau nak turun kafe tu fikir sampai dua tiga kali. Kalau turun pun sekali je dan beli yang main bungkus sebab cepat dan jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru la nak full sembahyang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang doa macam-macam. Tapi alhamdulillah satu perubahan yang baik.
  5. Agaknya yang dah nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih hebat dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pun masih boleh terbayang-bayang yang apa yang telah dibaca. Siap ambik handout letak tepi bantal dengan harapan dapat buat daya serapan terus ke dalam otak sambil tidur.
  7. Masa borak dengan kawan mesti cakap pasal pelajaran je. Part paling takleh blah adalah ketika mandi pun ada jugak yang bertanya soalan macam tiada tempat lain je untuk bertanya.
  8. Kalau main message tu setakat balas sikit-sikit, pendek pendek je. Tiada masa nak fikir taip panjang-panjang.
  9. Gara-gara nak exam, ada yang sampai berkurung dalam bilik menghadap handout, buku dan nota-nota. Rambut serabai pun tak kisah sebab ulang kaji lebih penting dari urus diri time ni.
  10. Ada satu tahap tu rasa macam nak rebus je semua buku dengan handout sekali. Kononnya teringat petua orang tua-tua dahulu, nak cepat pandai minum air rebusan buku.
  11. Agaknya stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun kafe. Masak air je pastu letak megi. Budak pandai sikit pulak tak layan megi. Diorang makan milo sambil makan biskut hup seng dengan roti.
  12. Nak buka facebook rasa tak senang gila. Perghh. Time ni memang tertekan gila sebab kena berperang dengan diri sendiri yang nak buka facebook, blog dan ym. Itu lah dugaannya bila laptop depan mata dan wireless di mana-mana. Nanti duduk depan facebook memang buku OFFLINE terus.
  13. Buku kamus tiba-tiba dijadikan teman setia di sisi. Masa lecture dulu bila ada yang tak faham tiada hati pulak nak buka kamus.
  14. Bila exam dah dekat baru lah ungkapan "time is gold" dihargai. Asyik-asyik tengok masa je. Tak cukup dengan jam handphone, jam tangan, member sebelah pulak jadi mangsa tempat tanya masa.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi kapal api semua memang lengkap. Nak stay up lah katakan.
  16. Satu perkara yang memang sure, meja study bersepah gila. Dengan highlighternya, pennya, pensilnya. Belum campur lagi kertas-kertas nota yang confirm berselerak punya. Kalau ada buku tambahan yang dari library tu, sampai empat lima buku semuanya dibuka serentak.
  17. Masa ni lah ambik kesempatan update facebook dengan blog tulis “mintak maaf semua, doakan exam nanti”
  18. Makan sendiri-sendiri adalah satu kebiasaan sebab tak nak membazir masa lepak ramai-ramai. Nanti ada je benda nak diborakkan.
  19. Asal cakap mesti benda merepek je sebab otak fikir banyak sangat. Lagi merepek seseorang tu cakap, sebenarnya lagi banyak topik dia tak cover tu.
  20. Time ni la baru terfikir kenapa tak study dari awal. Pastu ada la golongan yang buat azam untuk semester depan. Kononnya tak nak buat dah macam semester sekarang. (Padahal tiap-tiap semester azam memang sama tapi tak berubah jugak. Semuanya umpama "hangat-hangat tahik ayam").
source: click this

by: RJ

4 comments:

deb said...

ha...ha..memang betol lah ronald...tambah satu lagi...time mau berak pun sempat menghafal...ha...ha

Ronald said...

hahahhaa... telampau juga tu sampai berak pn menghafal, nanti taik pn masuk balik hahaha

masniza =) said...

hahaha sandi. yg nmbr 7 tu la paling aku terasa tau! gahahaha

Ronald said...

hahhahahaha kalau sia no 20... sangat tepat

Post a Comment